Tuesday, 25 March 2014

SF BEAUTY

KELIRU MEMILIH SABUN PEMBERSIH WAJAH?

Ramai keliru untuk memilih sabun pembersih mana yang mereka patut guna. Kulit yang cantik dan sihat bukanlah warisan dari salasilah keluarga semata-mata. Akibat faktor cuaca, persekitaran, kesilapan skincare terdahulu serta tabiat pemakanan kurang sihat, maka jenis kulit boleh berubah-ubah. Andai sebelum ini anda berkulit halus atau normal, kini sesetengah bahagian wajah menjadi berminyak, kering atau sensitif. Hasilnya kebanyakan di antara kita memiliki jenis kulit kombinasi, macam2 masalah kulit wajah boleh timbul dalam satu masa.

Jadi bagaimana untuk memilih sabun pembersih Sf Beauty yang sesuai?

Pertama, ketahui fungsi dan kelebihan sabun pembersih tersebut. Secara ringkas, Vit-C adalah untuk'merawat' juga membantu pertumbuhan sel2 kulit baru agar lebih sihat manakala Vit-E pula berperanan'melindungi' serta memulih sel2 kulit sedia ada yang lesu/tidak bermaya supaya kembali segar/aktif dan lebih muda.

Kedua, kenali masalah kulit yang utama. Jika anda mengalami masalah jerawat teruk misal nya, tentulah anda perlu memilih set vit-C. Tanpa kehadiran vit-C, tisu kulit baru yang tumbuh akan alami kecacatan, kerana jaringan kolagen yang terbina dari dalam tidak cukup kuat untuk melahirkan kulit yang anjal dan sihat. Itulah punca kenapa terjadinya lopak2 atau bekas jerawat yang berlubang..

Ketiga, amati tahap sensitiviti kulit anda. Wajah kusam dan tampak normal adakala sangat sensitif terhadap sebarang bahan2 skincare. Ini boleh dilihat seandainya anda terkena terik matahari, wajah terus merah berbelang, bertukar produk kosmetik boleh membuatkan wajah naik ruam, berminyak atau berjerawat. Jadi jika anda dalam kategori berkulit sensitif (walau pun masalah utama anda kusam dan berjeragat) anda perlukan sabun Vit-C juga kerana ia lebih lembut pada kulit.

Keempat, sesuaikan dengan usia dan persekitaran. Untuk awal remaja yang sentiasa aktif, sama ada anda bermasalah kulit atau tidak (menjaga dan merawat kulit bukan hanya buat mereka yang alami masalah wajah serius, tapi ia rutin yang perlu di amalkan dari usia muda hingga ke akhir hayat), maka pilih lah Vit-C agar kulit anda sentiasa lembut dan halus. Bagi mereka yang sudah dewasa, terutama berusia pertengahan usia 30-an ke atas, pilihan yang sesuai untuk anda tentulah Vit-E kerana kandungan antioksidan nya berupaya melambatkan tanda2 penuaan awal seperti jeragat, kedutan halus dan struktur kulit yang kian hilang keanjalan.


Moga panduan ringkas ini dapat membantu anda membuat pemilihan yang tepat. Namun seandainya anda sudah pun membeli dan menggunakan sabun pembersih yang 'kurang tepat' seperti dinyatakan di atas, contohnya, jika anda berkulit sensitif tetapi membeli set vit-E, tidak mengapa.. cuma cara penggunaan itu perlu disesuaikan semula. Usah biarkan buih2 sabun terlalu lama pada wajah, bilas secepatnya dan sapu krim sewaktu kulit masih lembab agar kulit tidak merengsa dan kering..:)




PM/WHATSAPP 0148032313

No comments:

Post a Comment